Tuesday, 28 April 2015

Sinonim maksudnya sama maksud?? Hmmm sejauh manakah betul penyataan tersebut? Mari kita lihat info ini :)

Sinonim.
Sering kali kita mendengar bahawa sinonim merupakan perkara yang sama maksud. Namun tahukah kita bahawa sinonim sebenarnya tidak seratus peratus sama dan sudah pasti terdapat perbezaan antara sesuatu perkataan tersebut?
Jadi dalam penulisan kali ini, saya ingin berikan sedikit info yang dipetik daripada kuliah HMT 505 Dr Jumiya Ahmad yang bertarikh 8 April 2015. Kuliah ini akan memberitahu kita bahawa sebenarnya sinonim ini ada kalanya tidak seratus peratus sama maksud dan sama konteks penggunaannya.

Konteks Perbezaan Makna Sinonim

(a)       Konteks yang tidak boleh ditukar ganti
            Contohperempuan dan wanita walaupun bersinonim tetapi ungkapan persatuan wanita tidak dapat ditukar menjadi persatuan perempuan (Jumiya Ahmad, 2015).

(b)       Konteks yang formal dan tidak formal
            Contoh:  kata ganti nama diri orang pertama saya digunakan dalam suasana formal sebaliknya kata aku digunakan dalam situasi tidak formal (Jumiya Ahmad, 2015).

(c)        Konteks susun lapis masyarakat
            Contoh:  kata ganti nama diri orang pertama beta digunakan oleh raja untuk menyebut diri baginda tetapi bagi rakyat biasa kata ganti diri untuk menyebut diri apabila berhubungan dengan golongan diraja ialah patik (Jumiya Ahmad, 2015).

(d)       Konteks perbezaan penggunaan
            Contoh:  kata mati digunakan dalam konteks  biasa sedangkan ungkapan meninggal dunia digunakan dalam konteks yang lebih sopan (Jumiya Ahmad, 2015).

Rujukan.

Jumiya Ahmad. 2015. Nota Kuliah HMT 504 8 April. Program Sarjana Bahasa Melayu, Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan & Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.


No comments:

Post a Comment