Monday 15 August 2016

Kaedah Menulis Karangan untuk Murid Lemah


Saya ada tips bagaimana murid boleh tulis karangan untuk "lulus", teratur, dan tidak "cincai". Ini bukan karangan untuk "A" ye hehe Tapi kena sabar la baca penjelasan saya hehe (Dalam gambar tu yang warna merah tu wajib murid hafal ☺️) kita buat macam susun puzzle hehe
Syarat Asas:
1. Dapatkan tajuk dari soalan. (biasanya murid dapat kesan yang mana tajuk dlm soalan hehe)
2. Buat 4 isi penting. (Isi betul atau tidak itu jangan fikir, sebab fokus kita nak hasilkan karangan yang teratur. Jadi 4 isi ini wajib buat dulu! Sebab kita nak buat macam puzzle ☺️)
3. Setiap perenggan mesti 3 ayat sahaja.
Pendahuluan (rujuk gambar):
1. Suruh murid hafal "Dewasa ini, ramai orang bercerita tentang". (mustahil tak boleh hafal kan hehe 😁)
2. Lepas "tentang" suruh murid salin tajuk dan titik hehe dapat dah 1 ayat 😍
3. Ayat kedua mesti tulis "Contohnya" dan berikan contoh. Contoh betul ke tak betul tu jangan fikir, yg penting tulis je ☺️
4. Ayat 3 pendahuluan mesti tulis dan suruh murid hafal "Terdapat beberapa", lepas tu masukkn tajuk dan titik
Perenggan 2-5 (Isi 1-4):
1. Setiap perenggan ini lebih kurang sama kaedahnya, perhatikan betul2 ye☺️
2. (Ayat 1), tulis dulu penanda wacana seperti "Pertama sekali," lepas itu masukkan tajuk, lepas itu tulis "adalah" dan masukkan isi. Ayat 1 bagi setiap perenggan lebih kurang sama, cuma selepas "adalah" mesti masukkan isi😜
3. (Ayat 2) mesti tulis "Contohnya" dan berikan contoh berdasarkan isi. Macam saya cakap sebelum ini, betul ke tak contoh itu jangan fikir, yang penting bagi contoh ☺️ lepas tu titik.
4. (Ayat 3) mesti tulis "Hal ini sekaligus" dan kemudian ambil separuh daripada tajuk untuk penegasan isi. Kalau murid boring tulis "Hal ini sekaligus", boleh tulis "hasilnya", "Oleh itu", dan banyak lagi 😘
Kesimpulan:
1. Tulis dua Ayat sahaja dah cukup hehe
2. (Ayat 1) paling senang suruh murid hafal "Kesimpulannya, terdapat beberapa" lepas tu masukkan tajuk dan titik hehe 😚
3. (Ayat 2) merupakan ayat harapan dan suruh murid tulis dulu "semoga" dan harapan dia hehe
‪#‎ini‬ karangan untuk lulus je tau hehe
‪#‎jangan‬ cerewet sangat dengan tatabahasa, asalkan murid kita tak buat karangan cincai hehe