Sunday 30 April 2017

What is Accents and Dialects?

For your information about ACCENTS and DIALECTS.
Roach (2009, 3) said:
"Languages have different accents: they are pronounced differently by people from different geographical places, from different social classes, of different ages and different educational background. The word accent is often confused with dialect. We use the word dialect to refer a variety of language which is different from others not just in pronunciation but also in such matters as vocabulary, grammar and word order. Differences of accent, on the other hand, are pronunciation differences only."

Friday 21 April 2017

Cadangan program intervensi yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk murid lemah:
MOHAMAD ROZI BIN KASIM
1. Aspek karangan (kemahiran menulis)
- Ajarkan kepada murid karangan aras paling rendah (tajuk yang mudah) supaya murid dapat belajar membina ayat dengan baik.
- Ajarkan murid teknik mencari isi penting terlebih dahulu sebelum menulis karangan dengan menggunakan WH Questions.
- Ajarkan murid teknik 5 ayat, ayat 1 (isi penting), ayat 2 dan 3 (contoh), ayat 4 (sebab/penegasan kenapa isi atau contoh tadi diberikan) ayat 5 (bonus iaitu peribahasa sekiranya murid ingat untuk suaikan dgn isi)
2. Aspek Tatabahasa
- penerangan yang jelas dan latih tubi. Seperti matematik, tatabahasa sangat memerlukan latih tubi menjawab kesalahan tatabahasa.
- teknik susun perkataan. Guru berikan susunan perkataan yang salah, murid diminta susun semula dan nyatakan golongan kata, kemudian bina ayat daripada perkataan tersebut.
3. Aspek Seni bahasa (Komsas atau Novel)
- Sudah semestinya guru perlu ajar murid membaca Drama, Sajak dan banyak lagi. Tetapi perkara paling penting berikan mereka nota ringkas untuk mereka hafal. Soalan peperiksaan pasti akan bertanya tentang aspek2 komsas tersebut, jadi murid perlu hafal nota.
- selain itu, murid perlu diajar memahami soalan. Ada soalan yang jawapan di dalam teks, ada soalan yang jawapan murid perlu fikir. Contoh soalan "pada pendapat anda" murid memang kena fikir jawapan dan tidak boleh copy daripada teks.
4. Kemahiran mendengar dan bertutur.
- jika murid bukan penutur jati bahasa Melayu, ajar mereka sebut dan eja perkataan bahasa Melayu dengan betul. Contoh aktiviti nyanyian. Paling penting objektif murid bercakap dan mendengar di dalam kelas tercapai.